Monday 10 December 2012

kata Seru
 
1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
 
2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
 
3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
 
4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
 
Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian 1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
 
Contoh lain kata seru dan ayat :
 
Kata SerumaksudContoh ayat
wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai  Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah  Nah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
ceh  Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahterkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allahhairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

Thursday 6 December 2012

AYAT
1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
 
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
 
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
 
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
 
Contoh :
subjekpredikat
1. Afendi
2. Kakak
3. Ibrahim
4. Zulkfli
5. Ayam itu
guru
menyapu sampah.
bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                        (a) ayat penyata;
                        (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;
                        (d) ayat seruan.
 
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
     
(a) Ayat penyata
 
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
 
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
 
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
       
 (b) Ayat tanya
 
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
 
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
 
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
 
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
 
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
 
(c) Ayat perintah
 
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
 
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
 
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
 
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
 
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
            Jangan petik bungs itu.(Larangan)
 
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
            Datanglah ke rumah saya. (silaan)
 
(d) Ayat seruan
 
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.                     Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.                   Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah ! 

Monday 3 December 2012

Analisis Kesalahan Tatabahasa
 
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
 
contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
 
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
 
salahBetul
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
 
Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya
 
Kata jamak
salahbetul
mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang
mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang
 
kata penguat
salahbetul
sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali
sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan
 
kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.
Salahbetul
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.
 
kata hubung
salahbetul
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.
Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.
 
Kata bilangan
salahbetul
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
 
7. Kata Sendi
            i - Dari
salahbetul
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
 
ii - Daripada
salahbetul
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
 
iii - Pada
salahbetul
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
 
iv - Di
salahbetul
Saya dilahirkan diSarawak.
Ayah awak bekerja dimana ?
Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja di mana ?

 
Penjodoh bilangan
salahbetul
Setiap orang pelajar.
Sesetengah orang rakyat.
Seluruh buah negeri.
Semua ekor binatang.
Setiap pelajar.
Sesetengah rakyat.
Seluruh negeri.
Semua binatang.
 
Kata ganti diri
salahbetul
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
 
Kata adjektif
salahbetul
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat.
Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar..
Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.
 
kata kerja transitif
salahbetul
Ibu sedang jahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya.
Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu mecuci keretanya.
 
Ayat pasif
salahbetul
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
Cerpen itu telah saya karang..
Latihan itu mesti kaubuat.
 
Kata tanya
salahbetul
Kamu berasal dari manakah ?
Apa nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
Kamu berasal dari mana ?
Siapakah nama pengawas itu ?
Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama apa ?
 
Ejaan
salahbetul
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur dibawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.