Bahan Pembelajaran

  
Kata Ganti Nama Diri. 

Kata Ganti Nama Diri menggantikan nama manusia. 

Kata Ganti Nama Diri 1Kata Ganti Nama Diri 2Kata Ganti Nama Diri 3
AkuAndaBaginda
BetaAwakBeliau
DakuKamuDia
HambaDikauMereka
KaiEngkau-
KitaKalian-
PatikTuanku-
Saya--

Beliau digunakan untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru dan menteri. Kami bererti saya dan dia apabila bercakap dengan orang kedua. Kita bererti anda dan saya.

Kata Ganti Nama DiriPenggunaanContoh Ayat
Kata Ganti Nama Diri I
Aku, saya, hamba, beta, patik, kita, kamu.
Nama orang yang bercakap
"Saya yakin koperasi guru ini akan menguntungkan para guru," kata pegawai itu.
Kata Ganti Nama Diri II
Awak, aku, dikau, engkau, kamu, anda, tuan, puan, saudara, saudari, encik, tuanku.
Nama orang yang dilawan bercakap.Jika anda berminat untuk menyertai peraduan itu, sila hubungi Encik Azman.
Kata Ganti Nama Diri III
Dia, nya, beliau, baginda, mereka.
Menggantikan nama orang yang dicakapkanMereka  belajar dalam kelas yang berbeza.
Beliau menjaga kebajikan anak buahnya.

 
 
 
 
 
 
Kata Adjektif

Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang- kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:

Kata AdjektifMaksudContoh
1. Kata Adjektif Sifat
    Keadaan
Menerangkan sifat atau keadaanCerdik, bijak, cantik, rajin.
2. Kata Adjektif
    Warna
Menerangkan warnaBiru, merah, kuning, hijau, putih
3. Kata Adjektif
    Ukuran
Menerangkan ukuranTebal, nipis, tinggi, rendah, panjang, pendek.
4. Kata Adjektif
    Bentuk.
Menerangkan bentuk atau rupa.Bulat, bujur
5. Kata Adjektif
    Waktu.
Menerangkan konsep masaBaru, lambat, lama, lewat, silam.
6. Kata Adjektif
    Jarak
Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan.Jauh, dekat.
7. Kata Adjektif
    Cara
Menerangkan keadaan kelakuan atau ragam.Pantas, perlahan, jarang.
8. Kata Adjektif
    Perasaan
Menerangkan konsep perasaan.Pemalu, ragu-ragu, rindu, sayang.
9. Kata Adjektif
    Pancaindera.
Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.Bising, wangi, kasar, masam, pahit, manis, licin.

Perbandingan Dalam Frasa Adjektif
Perkataan yang digunakan dalam perbandingan frasa adjektif adalah seperti, se, lebih, paling, ibarat dan laksana.
Contoh ayat
1. Amira pandai.
2. Amira pandai seperti Kancil.
    (pandai seperti membawa maksud hampir sama, kesamaan)
3. Amira sepandai Nora.
    (sepandai membawa maksud sama)
4. Amira lebih pandai daripada Nora.
    (lebih pandai menunjukkan darjat / tingkat yang lebih)
5. Amira paling pandai dalam kalangan murid di dalam kelas 1 Biru.
    (kata penguat paling menunjukkan sangat pandai). 
Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan.
Perbandingan dengan darjah biasa

Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan kata penguat / kata perbandingan. Kata adjektif cantik, besar dan rajin tidak dibandingkan dengan sesuatu.
1. Rumah ini cantik.2. Dewan itu besar.
3. Dia rajin.
Perbandingan dengan darjah bandingan

Dalam Tatabahasa Dewan, penggunaan awalan se- untuk menyatukan darjah bandingan. Kata adjektif awalan se- menunjukkan bandingan sama.
1. Wajah  Sujinah secantik ibunya.
2. Buku ini tidak semahal buku itu.
3. Kereta Amin sebesar kereta Azman.


Awalan se- membawa maksud ‘sama atau hampir sama’. Kata Adjektif dibandingkan dengan benda lain yang membawa maksud mirip / sama. 
1. Dia garang seperti harimau.
2. Amira cantik seperti bidadari.




Kata Tanya
 
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2. Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
 
contoh :
 
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
 
kenapaKenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bilaBilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapaEngkau ini siapa ?
mengapaMengapakah baju awak ini basah ?
apaApakah nama binatang itu ?
bagaimanaBagaimanakah rupa hantu ?
berapaDi dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
manaNelayan itu dari mana ?





Kata Hubung
 
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
 
2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.
 
3.         Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
 
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
 
Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan
          
 
Contoh
Ayat Contoh
Baik - mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik
Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah    entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
 
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
 
 
Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya
 
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
 
 
semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekali[un
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal
 
contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
            Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
 
2. Menggabungkan dua rangkai kata
            Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
 
3. Menggabungkan ayat-ayat
            Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.


*************************************************************************************

LATIHAN TATABAHASA


1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
a.mencurahi.             b.dicurahkan.               c.mencurahkan.            d.dicurahi.

2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
a.mengajar          b.mengajarkan             c.ajarkan                d.diajarkan.

3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a.ditanak.            b.dikukus.                    c.direbus              d.dijerang.

4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a.mengandas.        b.menjinjing.              c.menatang.            d.membimbit.

5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan
kenderaannya di kawasan tunda itu.
a.Biarpun,  begitu juga.           b.Mestipun,  kecuari.        c.Walaupun,  namum       
d.Sungguhpun,  maka.

6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
a.lalu,  Biarpun.          b.dan,    Manakah.          c.apabila,     Sementara       d.maka,      Adapun.

7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
a.biji,   buah         b.berkas,     butir       c.tangkai,        biji.          d.ulas,    ikat.

8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
a.biji      b.kelompok         c.buah           d.gerombolan.

9.Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
a.batang       b.papan         c.berkas        d.laras.

10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a.Bebatang       b.Bebuli        c.Reranting        d.Kekayu

11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.lelapi         b.lelabah         c.Kekabu        d.tetupai.

12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
a.sampah-sarap       b.semak-samun           c.sayur-mayur        d.lauk-pauk

13._______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis.
a.Kaki     botol          b.Kaki      judi          c.Kaki     bola       d.Kaki   sapu

14.Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.
a.otak   kancil       b.otak     udang       c.otak   cair         d.otak    beku.

15."Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub.
a.tangkai     jering      b.hancur     hati         c.pedih      hati            d.hidung       tiaggi.

16.Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya.
a.tewas         b.prihatin            c.kecewa         d.menangis.

17.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta                 b.diminta                 c.permintaan                  d.mintalah

18.Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
a.terpelihara,terkorban      b.terkawal,tenat         c.terjaga,menemui ajal.     d.terbelai,mati.

19.Tan tidak berselera hendak  makan di gerai yang kotor itu.
a.lalu       b.biasa        c.ingin          d.berasa.

20.Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
a.pucuk     b.laras             c.helai          d.keping.


9 comments:

  1. Nota cikgu amat berguna kepada saya. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima ksih atas kepujian. Saya akan berusaha lagi!

      Delete
  2. Latihan yang berguna kepada anak saya. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap latihan ini dapat membantu anak anda. Terima kasih...!

      Delete
  3. Your information about this topic is very useful for my son to learn.

    ReplyDelete
  4. Nota dan latihan yang padat, ia mesti dapat membantu murid-murid, syabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap latihan yang padat ini dapat membantu anda!

      Delete
  5. Nota yang jelas...Terima kasih kerana berkongsi maklumat...^^

    ReplyDelete