Monday, 10 December 2012

kata Seru
 
1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
 
2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
 
3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
 
4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
 
Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian 1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
 
Contoh lain kata seru dan ayat :
 
Kata SerumaksudContoh ayat
wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai  Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah  Nah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
ceh  Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahterkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allahhairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

14 comments:

  1. Replies
    1. harap nota ini dapat membantu anda...

      Delete
  2. nota yang amat berguna kepada murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...nota ini amat bermanfaat kepada anak murid kita!

      Delete
  3. Blog saudari mempunyai banyak info. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  4. Bagus blog cikgu. Saya juga menggunakan background ini buat pertama kali saya membina blog.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas kepujian dan sokongan anda semua! Saya akan terus berusaha...

    ReplyDelete
  6. Tahniah!Nota yang jelas dengan penerangannya amat sesuai dan memudahkan pembelajaran murid-murid untuk belajar.Pastinya murid-murid cikgu dapat belajar dengan seronok dan mencapai objektif yang ditentukan.

    ReplyDelete
  7. Isi yang padat, teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana berkongsi dengan kami. Maklumat yang anda berkongsi sangat berguna kepada saya.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas kepujian semua!!

    ReplyDelete