Thursday 6 December 2012

AYAT
1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
 
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
 
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
 
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
 
Contoh :
subjekpredikat
1. Afendi
2. Kakak
3. Ibrahim
4. Zulkfli
5. Ayam itu
guru
menyapu sampah.
bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                        (a) ayat penyata;
                        (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;
                        (d) ayat seruan.
 
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
     
(a) Ayat penyata
 
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
 
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
 
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
       
 (b) Ayat tanya
 
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
 
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
 
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
 
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
 
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
 
(c) Ayat perintah
 
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
 
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
 
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
 
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
 
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
            Jangan petik bungs itu.(Larangan)
 
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
            Datanglah ke rumah saya. (silaan)
 
(d) Ayat seruan
 
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.                     Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.                   Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah ! 

6 comments:

  1. Banyak maklumat disediakan, syabas.

    ReplyDelete
  2. Banyak bahan di blog cikgu ni. Terima kasih diatas perkongsian maklumat dan ilmu di sini.

    ReplyDelete
  3. Nota yang baik dan memanfaatkan murid-murid.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas kepujian... Harap nota ini akan membawa manfaat kepada anda semua!

    ReplyDelete